7 Cara Turunkan Suhu Badan Anak

Gambar: Google

 

Demam di kalangan kanak-kanak biasanya disebabkan jangkitan kuman seperti virus dan bakteria manakala demam untuk orang dewasa lazimnya tidak berbahaya melainkan ia mencapai 39.4 Celcius.

Semasa anak jatuh sakit, sudah pasti si ibu akan merasa panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Lebih lagi jika si anak kelihatan tidak bermaya, kuat meragam dan hanya mahu si ibu sentiasa berada di sisinya. Turunkan suhu anak anda penting bagi mengelakkan demam berpanjangan.

Cara turunkan suhu anak

  1. Selimut tebal boleh digunakan untuk menutupi badan anak anda ketika mereka sedang sejuk. Selain itu, boleh pakaikan mereka baju yang tebal dan berlapis.
  2. Pakaikan baju nipis kepada anak yang mempunyai suhu badan yang panas. Bagi anak kecil, lampin sahaja sudah memadai dan anak yang lebih besar dipakaikan seluar pendek dan juga singlet.
  3. Basahkan badan dan rambut anak dengan air paip dan biarkan kering dengan sendiri. Air akan membantu menyejukkan badan.
  4. Lapkan badan anak yang demam jika mereka tidak punya keinginan untuk mandi. Rendamkan tuala kecil dalam air sejuk dan sapukan ke seluruh badan. Kemudian, letakkan kain di dahi untuk mengurangkan suhu badan.
  5. Beri ubat demam mengikut dos yang ditentukan doktor. Dos kanak-kanak bergantung kepada berat badan, umur dan perlu diberi mengikut sukatan. Dos yang lebih boleh memudaratkan.
  6. Ikut preskripsi jika diberi antibiotik. Sekiranya kurang pasti, bertanyalah kepada doktor. Jangan hanya bergantung nasihat orang di media sosial kerana pengalaman yang dialami pasti berbeza dengan anak sendiri.
  7. Beri minum air dengan kerap untuk mengelak daripada berlakunya dehidrasi dan mengganti semula air yang diperlukan dalam badan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *