7 jenis Fesyen wanita yang membuatkan lelaki meluat tengok

Ada beberapa fesyen yang tidak disukai oleh kaum lelaki bagi seorang wanita. Fesyen ini dikatakan pelik dan ‘mengapa mereka memakainya’. Ingin tahu fesyen apa? Kami senaraikan.
1. Winged Eyeliner
Kita mungkin mengenakannya supaya mata kelihatan besar, cantik dan tajam tapi di mata lelaki solekan mata ini dianggap berlebihan apatah lagi anda mengenakannya hanya untuk ke pasar.
2. Lipstik merah
Memang cantik tapi jika anda masih muda dinasihatkan jangan terlalu kerap memakainya, supaya tak kelihatan seperti orang tua atau golongan ‘mak-mak’. Sebab lipstik merah memang sinonim untuk wanita yang berusia atau matang.
3. Kuku panjang palsu
Ada yang suka-suka mengenakan kuku palsu dengan hiasan terutama bila waktu tak boleh solat. Untuk pengetahuan anda, ini antara trend yang tidak disukai lelaki. Di mata lelaki anda mungkin kelihatan seperti ahli sihir.
4. Sneaker bertumit/ wedges
Kasut tumit tinggi sudah biasa dan beri kesan seksi pada pemakainya. Namun berbeza dengan heel sneakers (sneakers bertumit) atau wedges sneakers. Kasut yang sporty dan feminin ini nampak pelik pada lelaki. Siapa ya yang menciptanya?
5. Bulu mata palsu
Pemakaiannya boleh buat mata kita nampak lebih besar dan solekan mata lebih cantik. Tapi bulu mata palsu ini kelihatan sangat palsu, lelaki terutama suami lebih suka isterinya yang semula jadi.

6. Potongan rambut Pixie

Bosan dengan rambut panjang, anda mungkin mahu berambut pendek pula. Tapi jangan memilih gaya pixie yang tersangat pendek ini. Ia buat wanita kelihatan seperti lelaki. Kalau begini apa perasaan suami melihat anda.

7. HAREM PANTS

Mereka berpendapat ini merupakan seluar Aladdin dan sangat tidak menggemarinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *