Awas! 7 Sikap Wanita Dibenci Lelaki

 

Umum tahu, wanita memang diklasifikasikan sebagai individu yang suka kelihatan cantik, suka berhias, suka membebel dan sebagainya.  Tapi, kadang-kadang wanita tak faham ada sesetengah sikap mereka membuatkan orang sekeliling rasa meluat, terutama lelaki. Jom kita baca 7 sifat wanita yang buat lelaki rasa menyampah.

1)Kuat membebel

Fuh! Haa ini memang benda paling lelaki pantang. Nak berleter tak salah, tapi biar kena pada tempat dan masa. Yang penting, jangan 24 jam nak berleter. Sikap ini memang membuatkan lelaki rasa meluat dan menyampah.

2) Terhegeh-hegeh siap

Lelaki ini ada satu perangai dimana dia tak suka tunggu kaum wanita bersiap. Sebab mereka tahu, wanita akan ambil masa yang lama untuk bersiap. Jadi, kaum wanita, kalau dah tahu korang jenis lambat bersiap, 1 jam sebelum keluar pastikan dah siap mandi, siap pilih baju, siap gosok baju, siap pakai make up dan sebagainya okay. Kalau tak percaya, cuba buat pasangan korang tunggu lama dan bagi alasan tengah bersiap. Haaa tengok apa reaksi mereka!

3) 24 jam nak diet

Makan tu tak boleh, makan tu taknak. Sebab? Takut gemuk! Wanita memang sangat “ insecure” dengan diri sendiri tanpa sebab. Lelaki pula tak suka wanita yang terlalu nak diet ni.. bagi mereka, wanita yang asyik nak diet ni mengada dan tak pandai jaga diri.

4) “High material”

Kena tahu, lelaki tak suka wanita yang terlalu demand. Sebab? Wanita yang terlalu demand sukar untuk dipuaskan dan 24 jam akan mencari salah lelaki dna minta perhatian lebih.

5) Boros

Yes! Lelaki pantang wanita yang suka boros !  Bagi mereka wanita seperti ini tidak pandai berdikari dan tidak pandai urus kewangan sendiri.

6) Kuat merajuk

kuat merajuk kononnya nak cakap wanita ni sangat manja. Boleh nak merajuk, tapi jangan lah setiap masa nak merajuk. Perkara itu menjengkelkan lelaki. Percayalah! Silap hari bulan, dorang pun malas nak layan perangai kuat merajuk korang tu.

7)Mekap tebal

Ambil perhatian kaum wanita. Nak cantik tak perlu make up tebal 4 inch okay. Lelaki lebih suka perempuan wanita yang “natural look “ atau tanpa make up. Jadi, jangan bersolek beria okay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *