Tip menyusu badan yang penting untuk ibu pertama kali menyusu

Semua orang pun tahu yang menyusukan susu badan pada bayi baru lahir adalah nutrisi yang terbaik buatnya.

Namun untuk ibu yang pertama kali mahu menyusu, mereka pasti masih keliru dan tidak tahu tentang asas-asas penyusuan yang penting.

Oleh itu, kami menyediakan artikel ini untuk anda. Berikut adalah maklumat penting untuk ibu yang pertama kali menyusukan bayi mereka.

Susu ibu adalah yang terbaik buat si kecil.

Penyusuan ibu mengeratkan hubungan intim yang tidak dapat dijelaskan dengan perkataan.

Untuk ibu-ibu baru, bersembanglah dengan mana-mana ahli keluarga yang pernah menyusu dan pasti akan ada perkara baru yang akan diberitahu mereka tentang ini.

Paling penting, penyusuan ibu mencipta ikatan baik dengan anak anda.

1- Bila hendak mula menyusu?

Apabila anda ke hospital untuk bersalin, biar jururawat yang menjaga anda tahu yang anda merancang untuk menyusukan susu badan.

Penting untuk mula dalam sejam yang pertama selepas bersalin.

Jangan benarkan jururawat menggunakan puting atau botol susu pada bayi untuk memujuknya dari menangis kerana ini akan menyebabkan kekeliruan puting.

Foto kredit: Flickr

Badan anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, cecair yang sangat berkhasiat buat bayi baru lahir.

Anda mungkin akan rasa ia terlalu sikit dan tidak mencukupi untuk bayi anda. Tapi, ketahuilah, ia cukup berkhasiat untuk bayi anda sehingga susu badan anda muncul.

2 – Selesakan diri anda

Tiada aturan tetap tentang bagaimana anda harus menyusukan bayi anda. Setiap ibu dan bayi adalah berbeza.

Cuba posisi yang berbeza, gunakan bantal atau kusyen untuk menyokong anda, dan lakukan apa sahaja cara yang boleh membantu anda.

Ramai ibu yang rasa selesa dengan posisi duduk di sofa namun ada juga yang selesa menyusu sambil baring mengiring.

Ramai juga ibu yang memilih posisi duduk sebagai posisi penyusuan paling selesa. Foto kredit : wikimedia commons

Apa yang penting, ingat yang anda dan bayi anda haruslah selesa, termasuklah pakaian yang anda guna.

3 – Berapa kerap kena menyusu?

Ramai yang mengatakan jadual menyusu yang tetap adalah rancangan yang bijak.

Namun, ia tidak semestinya berkesan untuk semua bayi.

Dan jika anda ada anak yang lain, anda akan perasan perbezaan kedua-dua anak anda. Setiap satu dari mereka adalah unik dan akan menyusu dengan cara mereka sendiri termasuklah anak kembar.

Tapi anda boleh membiasakan diri tentang bagaimana untuk mengenali reaksi mereka ketika lapar,  jadi anda boleh tahu bila untuk menyusu mereka.

Bayi baru lahir mempunyai perut yang kecil dan lebih kerap menyusu. Bangun setiap 2 jam untuk menyusu adalah normal dan mereka akan menyusu lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari pada usia beberapa minggu yang pertama.

Jadual penyusuan setiap bayi adalah berbeza. Foto kredit : etsy

Pada awalnya, para ibu selalunya menyusukan selama 10 hingga 15 minit bagi setiap payudara, kemudian ubah mengikut keperluan.

Biar semuanya berjalan secara semulajadi untuk beberapa hari yang pertama dan belajar corak penyusuan bayi anda. Kemudian, anda akan faham jadualnya.

4- Masalah payudara bengkak

Ini kerap berlaku terutamanya pada ibu baru. Bukan bayi anda saja akan memberitahu “bila waktu yang sesuai” untuk menyusu, tapi payudara anda juga akan buat hal.

Di antara waktu menyusu, kadang kala payudara anda akan membengkak. Cara terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan menggunakan pam untuk memerah susu keluar.

Ini akan membantu mengurangkan terjadinya payudara bengkak dan dalam masa yang sama mengekalkan pengeluaran susu anda.

Jika payudara bengkak, ia juga boleh ‘bocor’ dan ini akan jadi amat menyakitkan. Terdapat beberapa cara merawat payudara bengkak dan salah satu daripadanya ialah menggunakan kobis.

payudara bengkak

5 – Adakah bayi saya cukup makan?

Ramai ibu yang takut kalau susu yang dihasilkan tidak mencukupi untuk bayi mereka, terutamanya jika bayi mereka kelihatan seperti sentiasa lapar.

Bagi membantu anda rasa tenang, jika anda perlu menukar 6 hingga 8 lampin penuh setiap hari, dan anak anda itu dapat tidur lena, membuang air, dan berat semakin naik, ini bermakna anda telah memberinya cukup makan.

Namun ambil peduli jika bayi anda sentiasa merengek, menangis, sentiasa lapar dan tidak puas selepas makan.

Ini mungkin tanda dia tidak mendapat secukupnya. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor anak anda.

6 – Menyusukan di tempat awam

Kredit: Flickr

Walaupun ramai tahu penyusuan ibu itu bermanfaat dan bagus, namun masih ramai juga yang tidak senang dengan penyusuan susu badan di tempat awam.

Nasib baik sekarang ini terdapat banyak tempat yang menyediakan bilik menyusu khas untuk keselesaan ibu dan anak.

Penyusuan ibu diwarnai dengan pelbagai keperluan emosi buat ibu dan anak – sentuhan, hubungan emosi dan sokongan luar.

Jadi, kekal tenang dan teruskan menyusu!

 

Sumber: theAsianParent Singapore

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *