7 ‘C’ Sebab SUAMI BENCI ISTERI

Tips 7 ‘C’ Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.


C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata
“Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!”
Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI … nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata …

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua …

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap …

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.
Suami pula di opis dok nampak y aje …Ada isteri kata – mekap untuk suami, …. tapi kat rumah tak mekap pun …

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan … sikit2 dok telefon suami kat opis.
Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan…

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai …
Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak … anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *