KAWASAN KIULU YANG DIABAIKAN MUNDUR

Oleh: Sindin Ranggangon
Sejujurnya, saya percaya Kiulu adalah salah sebuah kawasan yang sangat tidak bernasib baik   diseluruh Sabah. Ia masih dalam keadaan yang tidak terurus selepas hampir satu abad selepas merdeka. Kebanyakan penduduknya berasa dianaktirikan.
Malahan sehingga kini, mereka tidak menerima hasil kemerdekaan yang dinikmati oleh penduduk Sabah yang lain. Disebalik senyuman dan kesopanan mereka, masih ada penderitaan dan kesukaran.
Lihat sahaja kepada keperluan paling utama yang masih tidak dinikmati oleh mereka – jalan raya. Sangat tidak dipercayai bahawa masih banyak kampung- kampung yang tidak mempunyai jalan raya, dan kekurangan utama ini menyebabkan mereka mengalami kerugian kerana mereka tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian mereka ke pekan.
Mereka bekerja keras  hanya untuk mengisi perut mereka sendiri; mereka tidak dapat menukar hasil jerih payah mereka kepada wang tunai.
Satu tragedi bagi kawasan, seperti yang mereka katakan di Kiulu yang hanya jauh ‘setanak nasi’ dari Ibu Negeri. Selepas hampir satu abad, ribuan penduduk disini masih hidup seperti nenek moyang mereka.
Kiulu secara harafiahnya bermaksud “ada” (ki) “kepala”(ulu ), kelihatan sering mempunyai ketua yang salah dalam sejarah politiknya. Untuk jangka masa yang panjang, ia dipimpin oleh orang luar, seolah-olah tidak pernah  mempunyai ketua sendiri, atau tidak pernah layak untuk bertumbuh dengan ketuanya sendiri.
Adun yang pertama ialah Datuk Payar Juman, dari Tenghilan, Tamparuli. Kemudiannya Tun Fuad Stephens, juga orang luar.
Kami mengharapkan beliau untuk membawa perubahan besar di Kiulu tetapi beliau  meninggal begitu cepat. Selepas itu, balunya, Toh Puan Hajjah Rahimah mengambil alih tempatnya, juga orang luar!
Oleh kerana beliau memegang kedudukan sebagai menteri penuh dalam kerajaan Berjaya, Kiulu melihat beberapa pembangunan nyata. Jalan raya Tamparuli-Kiulu-Pukak diturap buat pertama kalinya. Kemudiannya, kami mempunyai Datuk Gisin Lombut, anak kelahiran Kiulu sebagai  Adun kami buat pertama kalinya. Meskipun beliau mempunyai pendidikan yang sederhana dan perilaku yang tenang, beliau dapat membawa banyak perubahan. Setiap kampung mempunyai dewan masyarakat, dan Pusat Dewan Masyarakat Kiulu yang tersergam indah masih berdiri sebagai warisannya hari ini.
Selepas kematiannya, kami mempunyai Datuk Louis Rampas sebagai Adun Barisan National selama tiga penggal atau limabelas tahun. Beliau sangat ironik dalam hal itu,  ketika BN sering kali mengatakan hanya BN yang dapat memberikan pembangunan, tetapi amat sukar melihat sebarang pembangunan bagi Kiulu di bawah pimpinannya.
Terlalu banyak keperluan asas yang belum dipenuhi dan Kg. Poturidong – Kampung Louis sendiri tidak mempunyai jalan raya berturap sehingga hari ini.
Kini kami mempunyai Datuk Joniston Lumai Bangkuai sebagai Adun  mewakili BN; seorang yang  di ketahui sebagai pilihan TS Musa Aman.
Dibawah kepimpimpinannya, beliau  dilihat  seperti tidak serious  menjadikan Kiulu sebagai sasaran pembangunan infrastruktur atau revolusi pusat-agro. Sebaliknya beliau  lebih fokus kepada  eco-pelancongan membabitkan perlumbaan rakit bambu! Seolah-olah mengatakan bahawa  rakyat Kiulu tidak kisah tertinggal, hidup  bahagia dalam kejahilan dan  kemunduran.  Seolah-olah menambahkan lagi derita dan kesengsaraan, pemimpin-pemimpin kami yang lalu dan kini berasa, Kiulu harus meneruskan gaya hidup tradisi sebab, dalam hati dan minda mereka, rakyat sudah bahagia dan akan meneruskan kehidupan mereka sebagai pengusaha ladang kecil yang berulang-alik ke Pekan Tamparuli untuk menjual hasil tanaman mereka dalam kenderaan van yang tidak sempurna dan pick-up lama dengan mengharungi  jalan raya rosak dan tidak berturap!
Penyelenggaraan dan pembenaan semula keperluan asas seperti balairaya dan jambatan gantung tidak dapat dikekalkan. Peruntukan yang telah dijanjikan kepada perkara kecil ini belum diberikan dan keadaan  balairaya sudah mula rebah atau  uzur dan jambatan gantung menjadi ancaman nyawa kepada penduduk kampung dan anak-anak mereka yang  bersekolah. Malah jalan raya utama Tamparuli-Kiulu-Pukak belum dinaik taraf sejak bertahun-tahun lamanya  sehingga pemimpin-pemimpin Kiulu telah menerima nya sebagai keadaan semula jadi yang sebati dengan topografi Kiulu.
Jadi pengabaian berterusan. Untuk berapa lama lagi?
Ketika ini, saya melihat keseluruhan senario ini dengan sedih  dan risau bahawa apa pun kita lakukan, kita akan berakhir  dengan keadaan yang sama jika kita tidak  tukar kerajaan sekarang!
Kenapa saya berkata demikian? Saya berkata demikian  kerana Kerajaan pada akhirnya hanya  melihat Kiulu sebagai kawasan yang jauh di pedalaman, tempat tandus yang dilupakan, sementara kawasan pedalaman yang  lain pada masa yang sama seperti Pensiangan, Pitas dan Sipitang menikmati pembangunan yang banyak. Seolah-olah Kiulu dianaktirikan, ia ditinggalkan kerana penduduk disini tidak pernah mengadu, sungguhpun mereka akan miskin selama-lama nya.
Dunia melihat Kiulu sebagai destinasi pelancong kerana aktiviti white-water raftingnya, tetapi ia tidak menggembira kan penduduk yang masih berjalan melalui batu-batan sungai kerana tidak ada jambatan konkrit yang tinggi.
Ini memaksa kami untuk bertanya kenapa kejanggalan ini berlaku sungguh pun BN, setiap kali pilihan raya, menjanjikan pembangunan sementara menyalahkan  pembangkang kerana hanya mampu membuat janji.
Terlalu banyak keperluan asas yang belum dipenuhi dan JKKK, gereja-gereja dan sekolah-sekolah masih menunggu peruntukan.
Penduduk tidak meminta sebuah lebuh raya tetapi hanya jalan raya sederhana untuk menghubungkan kampung-kampung untuk memberikan mereka lebih banyak mobiliti dalam kehidupan harian.
Mereka bertanya, sampai bila mereka hidup seolah-olah Sabah tidak pernah mengecap kemerdekaan.
Beberapa tahun dulu, TV3 menyiarkan masalah kanak-kanak yang berjalan kaki melalui hutan tebal pada waktu subuh sebelum tiba ke sekolah. Kejadian sedemikian masih berlaku dalam realiti harian bagi rata kanak-kanak di kawasan yang dilupakan ini.
Kanak-kanak dari Kg Sinansag masih berjalan kaki lebih dua jam untuk sampai ke SK Lokub dan penduduk dibeberapa kampung di Mukim Ulu masih menggunakan rakit bambu sebagai alat pengangkutan untuk membawa hasil pertanian mereka.
Disebabkan kesukaran ini, dan kemerosotan pendapatan, sejumlah besar penduduk dari Kiulu berpindah ke penempatan baru di sekitar Sabah. Ia adalah hakikat bahawa Kiulu mempunyai rekod tertinggi dalam jumlah penghijrah dalam negeri di Sabah. Malahan kami tidak tahu bilangan kampung yang dipanggil “Kiulu Baru ” di seluruh Sabah!
Kenapa ia berlaku? Ianya kerana mereka melihat tiada harapan dengan YB mereka dan disebabkan pengabaian BN selama hampir satu abad.
Bagi rata-rata penduduk Kiulu, slogan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah tidak bermakna kerana mereka bertanya “Yang mana penduduk, apa pencapaian?”  Mereka sudah  jemuh memohon walaupun hanya projek kecil kerana satu-satunya  permohonan yang mereka kemukakan sejak bertahun lamanya telah dilupakan. Begitu ramai penduduk yang sudah lupa bila kali terakhir YB datang melawat mereka.
Mereka bekerja keras di ladang mereka tanpa sebarang bantuan (sementara nelayan mendapat subsidi bulanan dan elaun), mereka merentasi hutan dan sungai untuk menyara keluarga mereka, dan kanak-kanak menggunakan lampu minyak tanah  untuk menerangi jalan mereka dalam kegelapan subuh untuk pendidikan mereka.
Ini lah yang berlaku ketika BN mengatakan Sabah sebagai “simpanan tetap ” mereka.
Menjelang pilihan raya pusingan ganas ini akan berterusan jika kita mengundi BN lagi.
Jadi, kepada saudara dan saudari, mengundi lah dengan bijaksana dan mengundilah untuk Perubahan Rejim – UNDI lah PCS dan PH

 

Sindin Ranggangon
Naib-Pengerusi PCS
Bahagian N.11 Kiulu.

Nota: Sebarang komen dan ulasan yang dimuatkan di sini adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pandangan rasmi Berita Sabah. Berita Sabah tidak bertanggungjawab atas sebarang isi kandungan dan fakta yang dihuraikan di sini.